MENGENALPASTI TITIK/BAHAGIAN BEKAM


Selepas selesai sessi konsultasi perawat dengan pelanggan, terdapat beberapa penentuan yang perlu dilakukan :

1) Kawasan titik bekam

Terdapat beberapa kaedah penentuan titik bekam, antaranya :

  1. Titik Sunnah
  2. Titik Organ
  3. Titik Meridian
  4. Titik Lokal
  5. Titik Penyakit

2) Jumlah Titik Bekam dan  Kekerapan Berbekam

Perhatian :

1) Pastikan penentuan bilangan point dibuat oleh perawat berdasarkan keperluan pelanggan. Jika anda membiarkan pelanggan menentukan jumlah point ianya seolah olah menyerahkan kepakaran berbekam kepada pelanggan. Ada pelanggan yang selalu mengatur point point bekam dan perkara tersebut tak boleh dibiarkan. Pastikan anda mendengar setiap keluhan pelanggan tetapi penentuan point bekam ditentukan oleh anda.

2) Rawatan bekam dengan jumlah cup yang banyak perlu sentiasa diawasi. Perawat perlu sentiasa berkomunikasi dengan pelanggan bagi memastikan tiada komplikasi sepanjang melakukan rawatan bekam.

3) Penelitian perlu dibuat pada beberapa cup pertama yang dicucuk/sayat untuk melihat jumlah darah/cecair yang keluar. Sekiranya terlalu banyak cairan/darah keluar, tusukan atau sayatan untuk point seterusnya perlu dikurangkan bagi memastikan jumlah cairan/darah yang keluar tidak melebihi had 10ml/Kg.