APA ITU RAWATAN BEKAM?
Mengikut Dewan Bahasa dan Pusataka, Berbekam ialah mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah/menoreh sedikit pada badan sesorang dan mengeluarkan darah kotor dengan menggunakan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat yang telah dibedah/ditoreh itu.
PERSEPSI TENTANG RAWATAN BEKAM
Rawatan bekam adalah satu rawatan yang semakin mendapat perhatian dikalangan ahli masyarakat. Ianya semakin diamalkan oleh masyarakat dimalaysia Khususnya orang melayu dan islam dan semakin mendapat tempat dikalangan bangsa lain. Walaubagaimanapun masih lagi ramai yang tidak tahu mengenai rawatan bekam dan apa tujuan serta cara kerja rawatan bekam. Seringkali Masyarakat mempunyai persepsi dan tanggapan yang salah tentang rawatan bekam. Pertama sekali jika mengikut tafsiran Dewan Bahasa dan Pustaka, takrifan bekam disebut sebagai satu rawatan yang mengeluarkan 'Darah Kotor' dari badan.
Perkataan Darah kotor mungkin satu penerangan atau perkataan mudah bagi orang awam. Tetapi dari sudut perubatan ianya kurang sesuai digunakan. Perkataan darah kotor sering dipersoalkan oleh pengamal perubatan moden. Kesannya pengamal rawatan bekam sering dipersalahkan oleh doktor doktor moden kerana membuat satu 'claim' yang salah.