FAQ MENGENAI BEKAM

Berikut Adalah Pertanyaan Popular Mengenai Rawatan Bekam

1. Adakah Rawatan Bekam Selamat?

Rawatan Bekam yang diamalkan sekarang adalah selamat. Ini adalah kerana kebanyakkan pengamal perubatan bekam terlebih dahulu menjalani kursus rawatan bekam dan kursus kursus berkaitan dengan bidang perubatan. Peralatan yang digunakan untuk rawatan bekam juga adalah peralatan moden yang mudah untuk dinyahkuman. Malah kebanyakkan perawat mula menggunakan cawan bekam pakai buang. Selain itu juga mereka turut mengaplikasikan prosedur klinikal yang sangat mementingkan keselamatan dan kebersihan.

2. Adakah Rawatan Bekam Menyakitkan?

Kesakitan adalah satu perkara subjektif, setengah orang senang merasa sakit manakala setengah orang tidak merasa bergitu sakit. Ada juga yang berpendapat kaedah menggunakan sayatan pisau sedikit terasa sakit berbanding jarum, bergitu juga sebaliknya. Namun rata rata menyatakan ianya tidak terlalu sakit.

3. Siapa Yang Perlu Berbekam?

Mereka yang memenuhi indikasi untuk rawatan bekam seperti berumur 10-65 tahun yang sihat atau mempunyai masalah kesihatan dan melepasi saringan untuk rawatan bekam.

4. Siapa Yang Tidak Boleh Berbekam?

Mereka yang mempunyai kontraindikasi mutlak yang boleh mendatangkan kesan sampingan jika berbekam. Sila rujuk jurubekam untuk mengetahui kontraindikasi kontraindikasi yang tidak membolehkan seseorang itu berbekam.

5. Bila Waktu Sesuai Berbekam?

Waktu sesuai untuk berbekam adalah ketika perut kosong seperti pada waktu pagi.Tarikh yang sesuai adalah pada tarikh 17,19 dan 21 setiap bulan dalam kalendar islam.Terdapat Hadis menyatakan hari Isnin, Selasa Dan Khamis adalah hari baik untuk berbekam.

6. Bila Waktu Dilarang Berbekam?

Terdapat hadis yang menyatakan hari Rabu dilarang berbekam.Terdapat hadis yang menyatakan hari Jumaat dan Ahad tidak digalakkan berbekam.Terdapat hadis yang menyatakan hari Sabtu Makruh berbekam.Namun ada pendapat yang mengatakan tidak ada hari yang haram atau mendatangkan sial jika berbekam.

7. Tempoh Masa Rawatan Bekam?

Tempoh rawatan bekam adalah bergantung kepada jumlah point dan juga lokasi point. Selalunya diantara 30-60 minit.

8. Berapa Cawan Bekam Setiap Kali Rawatan?

Jumlah cawan atau point bekam adalah bergantung kepada keperluan pesakit yang akan diputuskan oleh jurubekam. Sesetengah pusat rawatan menyediakan pakej pilihan kepada pelanggan.

9. Berapa Kekerapan Berbekam?

Kekerapan berbekam bergantung kepada keperluan dan keadaan kesihatan pesakit.Pesakit boleh juga mengikut sunnah nabi yang melakukan bekam setiap 3 bulan.Pesakit boleh juga berbekam setiap 120 hari mengikut kitaran hayat sel darah.Pesakit juga boleh berbekam ketika sakit atau merasa badan tidak selesa.

10. Kesan Sampingan Selepas Berbekam?

Terdapat beberapa kesan sampingan ketika dan selepas rawatan bekam seperti rasa kegatalan, mengantuk, letih, lapar dan kepeningan. Walaubagaimanapun tidak semua mengalami kesan sampingan selepas rawatan bekam. Kebanyakkan mereka merasa lebih segar dan selesa selepas berbekam.

11. Pantang Larang Sebelum Bekam?

Pesakit dinasihatkan untuk berpuasa sekurang kurangnya selama 2 jam. Jurubekam akan melakukan saringan sebelum melakukan rawatan bekam bagi memastikan mereka layak untuk menjalani rawatan bekam.

12. Pantang Larang Selepas Bekam?

Pesakit digalakkan untuk berehat selepas bekam dan tidak melakukan aktiviti berat dan makan berat sejurus selepas bekam.

13. Adakah Darah Masih Lagi Keluar Selepas Bekam?

Jika rawatan menggunakan sayatan yang tidak memenuhi sop ada kemungkinan keluar sedikit darah selepas berbekam.Sayatan ringan selalunya tidak akan menyebabkan darah keluar selepas rawatan. Jika rawatan menggunakan jarum lancet kebarangkalian untuk darah keluar amat rendah. Cairan darah juga boleh keluar sekiranya pesakit mengambil ubat pencair darah atau mempunyai masalah darah terlalu cair.Jurubekam akan memastikan tiada lagi darah tersisa dengan menarik cawan bekam beberapa kali dan meletakkan minyak zaitun atau bandage sekiranya darah masih keluar.

14. Berapa Lama Kesan Bekam Hilang?

Kesan lebam point bekam akan hilang dalam tempoh 2-5 hari bergantung kepada keadaan perjalanan darah dikasawan tersebut.

Back to Top